Packages
Booking
| UMRAH BERSAMA SILA TOUR & TRAVEL SEPANJANG 2010 |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Friday, 16 October 2009 00:42 |
UMRAH BERSAMA SILA TOUR & TRAVEL SEPANJANG 2010Merancanglah perjalanan anda dari awal dan daftarlah segera !!
Pakej Umrah dari 9 hari ke 30 bermula dari 17 Mac hingga ke pertengahan bulan Oktober 2010(Akhir Ramadan dan bulan Shawal). Penerbangan dengan Saudi Airline, MAS, Emirates, Egyptair, Garuda airline, Gulf Air dan lain-lain.
SILA juga mengendalikan pakej Umrah & Melancong ke Jordan, Syria, Mesir, Turki, Uzbekistan, London-Paris, Yemen Pakej Umrah / Ziarah kami dalah bersesuaian dengan semua lapisan masyarakat dan juga usia. Kami menyediakan Khidmat nasihat, ceramah,bimbingan secukupnya dan juga menganjurkan ziarah ke tempat-tempat bersejarah di tanah suci bagi mendekatkan penghayatan jiwa kepada sejarah tamadun Islam yang agung. Semoga saudara/saudari dipilih sebagai tetamu Allah untuk mengerjakan ibadah umrah dan dianugerahkan umrah maqbullah..
Pakej umrah biasa : 14 hari / 12 malam Daftar segera tempat Tarikh : 17 – 30 mac 2010 tempat adalah terhad Harga dari : RM 5.999.00 Penerbangan : Saudi Airlines
KELEBIHAN PAKEJ KAMI
ATURCARA PERJALANAN PAKEJ 14 HARI 12MALAM Tertakluk kepada perubahan semasa & jadual penerbangan
HARI 01 : KUALA LUMPUR – JEDDAH - MADINAH Berkumpul di level 5, KLIA 3 jam sebelum berlepas. Passport, tiket dan boarding pass akan diserah Kepada jemaah untuk bertolak ke Jeddah. Setibanya di Jeddah, jemaah akan meneruskan perjalanan Ke Madinah dengan menaiki bas berhawa dingin ke hotel yang di tetapkan
HARI 02 : MADINAH (ZIARAH DALAM) Selepas sarapan,jam 7 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi Makam Rasulullah dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqe’. Selesai ziarah, jemaah bebas untuk beribadah di Masjid Nabawi. Kelebihan bersolat di Masjid Nabawi, : sabda Rasulullah “ Pahala sembahyang dimasjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain Masjid kecuali Masjidil Haram”
HARI 03 : MADINAH (ZIARAH LUAR) Jemaah diminta berkumpul di lobi selepas sarapan pagi untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan bazaar kurma. Selepas itu jemaah bebas beribadat
HARI 04 : MADINAH - MAKKAH Selepas sarapan, jemaah di minta membuat ziarah wida’ di Makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat Ke Makkah (menaiki bas), jemaah diminta mandi sunat ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram). Jemaah akn singgah di Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh Mutawwif. Setibanya di Makkah jemaah akan terus ke hotel untuk berehat seketika. Jemaah akan dibawa oleh Mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah iaitu tawaf Baitullah, Sa’I dan tahlul. Selesai umrah Jemaah bebas untuk beribadah di dalam masjidil Haram.
HARI 05 : MAKKAH Hari ini jemaah akan melawat sekitar Masjidil Haram seperti bukit Abi Kobis, tapak rumah Saidina Omar, tapak rumah Saidina Abu Bakar, tapak rumah Siti Khadijah, tapak rumah Abu Lahab, rumah Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, Masjid Jin, Masjid Syajarah (pokok yang datang bertemu Nabi) Perkuburan Maala (tempat siti khatijah dikebumikan). Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat
HARI 06 : MAKKAH Jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Makkah seperti Jabal Nur, Padang Arafah, Mudzalifah dan Mina (tempat melontar seperti Jamratul Aqabah, Ula dan Wusta. Jemaah akan dibawa ke Ja’ranah untuk bermiqat dan seterusnya Kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah. Seterusnya jemaah bebas untuk beribadat.
HARI 07 : MAKKAH Jemaah diminta berkumpul dilobi hotel untuk dibawa ke Tanaim (Masjid Saidatina Aishah) Aishah) untuk bermiqat (berniat mengerjakan umrah) dan seterusnya kembali ke Makkah untuk beribadat diMasjidil Haram.
HARI 08-12 : MAKKAH Jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri dengan perbanyakkan ibadah di Masjidil Haram. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : “Pada Ka’abah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari, ia itu 60 untuk tawaf, 40 untuk solat, 20 untuk melihat ka’abah
HARI 13 : MAAKKAH – JEDDAH Jemaah diingatkan menyempurnakan tawaf wida’ sebelum meninggalkan Makkah. Jemaah kemudian akan dibawa ke lapangan terbang Jeddah untuk penerbangan seterusnya
HARI 14 : KUALA LUMPUR di jangka tiba di KLIA mengikut jadual yang ditetapkan, insyaallah
Ziarah Pilihan Jemaah
PAKEJ TERMASUK
PAKEJ TIDAK TERMASUK
PENGECUALIAN TANGGUNGJAWAB Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tragedy buruk seperti sakit, bencana, rusuhan atau Peperangan kerana kejadian tersebut adalah diluar kuasa syarikat. Begitu juga sekiranya terdapat sebarang Kelewatan, penangguhan, kehilangan, kerosakan, kecederaan yang berlaku disebabkan oleh syarikat penerbangan atau syarikat yang menyediakan kenderaan.
BAYARAN BALIK Jika sekiranya terdapat sebarang perkhidmatan, pelancongan, makan dan minum atau perjalanan yang disediakan, tidak digunakan, maka bayaran tidak akan dilayan
PEMBATALAN Jika pembatalan dibuat selepas urusan pembayaran tiket, hotel dan lain-lain berkaitan, bayaran deposit tidak akan dikembalikan dan juga bayaran tambahan mengikut keperluan yang telah dibayar oleh syarikat akan dikenakan
KEGAGALAN MELAPOR DIRI Kos pakej tidak akan dikembalikan sekiranya terdapat jemaah yang tidak hadir pada tarikh dan hari bertolak
TEMPAHAN DAN BAYARAN Mengisi borang permohonan umrah bersama wang pendahuluan sebanyak rm 500.00 seorang dan kepilkan bersama Salinan passport antarabangsa. Bayaran sepenuhnya hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tiga (3) minggu sebelum tarikh berlepas
PERUBAHAN HARGA Harga adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke masa termasuk kenaikan kos penginapan di tanah suci, kos tiket penerbangan dan yang berkaitan. Sekiranya ada sebarang perubahan jemaah akan diberitahu 30 hari sebelum tarikh berlepas.
PENGINAPAN HOTEL Madinah : Dar Salam (100 meter) atau setaraf Makkah : Dar Al Gazzah (200 meter, berdekatan safa dan marwah) atau setaraf
NOTA PENTING Bagi jemaah wanita sebelum berniat menunaikan umrah sila kemukakan masaalah mereka kepada guru agama/ pembimbing untuk kelancaran umrah
Sebelum meninggalkan Makkah sila periksa dahulu sama ada mereka wajib membayar dam atau tidak di atas kesilapan ketika menunaikan umrah.
|





Terms & Conditions



