Highlights & Promotions

UMRAH 3 HARI AKHIR RAMADAN DAN BERHARI RAYA
PAKEJ 13 HARI  12 MALAM . HANYA DARI  RM 4,999.00

07 SEPTEMBER – 19 SEPTEMBER  (PENERBANGAN MAS)

 


UMRAH 3 HARI AKHIR RAMADAN DAN BERHARI RAYA 

DI MADDINAH AL MUKARAMAH BERSAMA  SILA TOUR & TRAVEL

PAKEJ 13 HARI  12 MALAM . HANYA DARI  RM 4,999.00

07 SEPTEMBER – 19 SEPTEMBER  (PENERBANGAN MAS)

 

Maklumat lanjut [klik sini]

 

 

Content View Hits : 12199

Home Home
UMRAH BERSAMA SILA TOUR & TRAVEL SEPANJANG 2010 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 16 October 2009 00:42

UMRAH  BERSAMA  SILA TOUR & TRAVEL SEPANJANG  2010

Merancanglah perjalanan anda dari awal dan daftarlah segera !!

 

 

Masjidil Haram Hajarul Aswad Jabal Rahmah

Makam Ibrahim Jabal Thur

 

 

Pakej Umrah dari 9 hari ke 30 bermula dari 17 Mac hingga ke pertengahan bulan Oktober 2010(Akhir Ramadan dan bulan Shawal). Penerbangan dengan Saudi Airline, MAS, Emirates, Egyptair, Garuda airline, Gulf Air dan lain-lain.

 

SILA juga mengendalikan pakej Umrah & Melancong ke Jordan, Syria, Mesir, Turki, Uzbekistan, London-Paris, Yemen

Pakej Umrah / Ziarah kami dalah bersesuaian dengan semua lapisan masyarakat dan juga usia. Kami menyediakan

Khidmat nasihat, ceramah,bimbingan secukupnya dan juga menganjurkan ziarah ke tempat-tempat bersejarah

di tanah suci bagi mendekatkan penghayatan jiwa kepada sejarah tamadun Islam yang agung. Semoga saudara/saudari dipilih sebagai tetamu Allah untuk mengerjakan ibadah umrah dan dianugerahkan umrah maqbullah..

 

Pakej umrah biasa : 14 hari / 12 malam                 Daftar segera tempat

Tarikh : 17 – 30 mac 2010                  tempat adalah terhad

Harga dari : RM 5.999.00

Penerbangan : Saudi Airlines

 

KELEBIHAN PAKEJ KAMI

  • Pegawai pengiring yang professional, dedikasi dan bertanggung jawab akan mengiring anda dari Kuala Lumpur sehingga pulang ke tanah air
  • Berpeluang miqat di Hubaidah, Ja’ranah di samping Bir Ali dan Tanaiem
  • Mutwawwif yang berwibawa bersama-sama sepanjang perjalanan Jeddah-Madinah-Mekah-Jeddah
  • Kursus bimbingan/ulangkaji Umrah sebelum berlepas/semasa di Madinah sebelum ibadah umrah
  • Makanan dan minuman ringan disediakan semasa perjalanan jauh atau melakukan ziarah
  • Skim Takaful berkumpulan ( kemalangan dan kematian) untuk setiap jemaah


ATURCARA PERJALANAN PAKEJ 14 HARI 12MALAM

Tertakluk kepada perubahan semasa & jadual penerbangan


HARI 01      :    KUALA LUMPUR – JEDDAH - MADINAH

Berkumpul di level 5, KLIA 3 jam sebelum berlepas. Passport, tiket dan boarding pass akan diserah

Kepada jemaah untuk bertolak ke Jeddah. Setibanya di Jeddah, jemaah akan meneruskan perjalanan

Ke Madinah dengan menaiki bas berhawa dingin ke hotel yang di tetapkan

 

HARI 02      :   MADINAH (ZIARAH DALAM)

Selepas sarapan,jam 7 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi Makam Rasulullah

dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqe’. Selesai ziarah, jemaah bebas untuk beribadah di

Masjid Nabawi. Kelebihan bersolat di Masjid Nabawi, :  sabda Rasulullah

“ Pahala sembahyang dimasjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain

Masjid kecuali Masjidil Haram”

 

HARI 03      :   MADINAH (ZIARAH LUAR)

Jemaah diminta berkumpul di lobi selepas sarapan pagi untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah

di Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan bazaar kurma.

Selepas itu jemaah bebas beribadat

 

 

HARI 04      :   MADINAH - MAKKAH

Selepas sarapan, jemaah di minta membuat ziarah wida’ di Makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat

Ke Makkah (menaiki bas), jemaah diminta mandi sunat ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram).

Jemaah akn singgah di Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh Mutawwif.

Setibanya di Makkah jemaah akan terus ke hotel untuk berehat seketika. Jemaah akan dibawa oleh

Mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah iaitu tawaf Baitullah, Sa’I dan tahlul. Selesai umrah

Jemaah bebas untuk beribadah di dalam masjidil Haram.

 

HARI 05      :   MAKKAH

Hari ini jemaah akan melawat sekitar Masjidil Haram seperti bukit Abi Kobis, tapak rumah Saidina

Omar, tapak rumah Saidina Abu Bakar, tapak rumah Siti Khadijah, tapak rumah Abu Lahab, rumah

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, Masjid Jin, Masjid Syajarah (pokok yang datang bertemu Nabi)

Perkuburan Maala (tempat siti khatijah dikebumikan). Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat

 

HARI 06      :   MAKKAH

Jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah

di Makkah seperti Jabal Nur, Padang Arafah, Mudzalifah dan Mina (tempat melontar seperti

Jamratul Aqabah, Ula dan Wusta. Jemaah akan dibawa ke Ja’ranah untuk bermiqat dan seterusnya

Kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah. Seterusnya jemaah bebas untuk beribadat.

 

HARI 07     :    MAKKAH

Jemaah diminta berkumpul dilobi hotel untuk dibawa ke Tanaim (Masjid Saidatina Aishah)

Aishah) untuk bermiqat (berniat mengerjakan umrah) dan seterusnya kembali ke Makkah untuk

beribadat diMasjidil Haram.

 

HARI 08-12 :   MAKKAH

Jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri dengan perbanyakkan ibadah

di Masjidil Haram. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

“Pada Ka’abah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari, ia itu 60 untuk tawaf,

40 untuk solat, 20 untuk melihat ka’abah

 

HARI 13      :    MAAKKAH – JEDDAH

Jemaah diingatkan menyempurnakan tawaf wida’ sebelum meninggalkan Makkah. Jemaah kemudian akan

dibawa ke lapangan terbang Jeddah untuk penerbangan seterusnya

 

HARI 14     :     KUALA LUMPUR

di jangka tiba di KLIA mengikut jadual yang ditetapkan, insyaallah

 

 

 

Ziarah Pilihan Jemaah

  1. Jemaah akan dibawa ke Hudaibiyah untuk melawat ladang unta dan tempat bersejarah di sekitar Hudaibiyah (Syumaisi) termasuk perigi Saidina Othman dan seterusnya bermiqat (berniat ihram umrah) kemudian kembali ke Masjidil Haram untuk menunaikan rukun umrah. Sekiranya mendapat keizinan daripada pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi jemaah akan dibawa melawat ke muzium dua masjid (Masjidil Haram dan Masjid Nabawi) dan kiswah (kilang kelambu ka’abah) sebelum balik ke Masjidil Haram.
  2. Sekiranya ada permintaan, jemaah akan dibawa mendaki Jabal Nur melihat gua Hira’ tempat Nabi Mendapat wahyu yang pertama pada waktu malam selepas isha’

 

PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi
  • Penginapan di Madinah dan di Makkah
  • Cukai L/Terbang dan insuran kapal terbang
  • Pengangkutan darat (seperti aturcara), lawatan / ziarah dan perkhidmatan Mutawwif dan Muzawir
  • Makan & minum 3 (tiga) kali sehari (sepanjang aturcara),
  • 1 (satu) beg selendang, beg bimbit/troli,buku panduan mengerjakan umrah & ziarah, air zam zam

 

 

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Kegunaan seperti dobi, telegram / fax / telefon
  • Makan minum selain yang disediakan
  • Perjalanan / ziarah selain yang ditetapkan
  • Bayaran bagi berat barang-barang yang berlebihan dari yang dihadkan oleh syarikat penerbangan

PENGECUALIAN TANGGUNGJAWAB

Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tragedy buruk seperti sakit, bencana, rusuhan atau

Peperangan kerana kejadian tersebut adalah diluar kuasa syarikat. Begitu juga sekiranya terdapat sebarang

Kelewatan, penangguhan, kehilangan, kerosakan, kecederaan yang berlaku disebabkan oleh syarikat penerbangan

atau syarikat yang menyediakan kenderaan.

 

BAYARAN BALIK

Jika sekiranya terdapat sebarang perkhidmatan, pelancongan, makan dan minum atau perjalanan yang disediakan,

tidak digunakan, maka bayaran tidak akan dilayan

 

PEMBATALAN

Jika pembatalan dibuat selepas urusan pembayaran tiket, hotel dan lain-lain berkaitan, bayaran deposit tidak akan

dikembalikan dan juga bayaran tambahan mengikut keperluan yang telah dibayar oleh syarikat akan dikenakan

 

KEGAGALAN MELAPOR DIRI

Kos pakej tidak akan dikembalikan sekiranya terdapat jemaah yang tidak hadir pada tarikh dan hari bertolak

 

TEMPAHAN DAN BAYARAN

Mengisi borang permohonan umrah bersama wang pendahuluan sebanyak rm 500.00 seorang dan kepilkan bersama

Salinan passport antarabangsa. Bayaran sepenuhnya hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tiga (3) minggu sebelum tarikh berlepas

PERUBAHAN HARGA

Harga adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke masa termasuk kenaikan kos penginapan di tanah suci, kos tiket penerbangan dan yang berkaitan. Sekiranya ada sebarang perubahan jemaah akan diberitahu 30 hari sebelum tarikh berlepas.

 

PENGINAPAN HOTEL

Madinah  : Dar Salam (100 meter) atau setaraf

Makkah   : Dar Al Gazzah (200 meter, berdekatan safa dan marwah) atau setaraf

 

NOTA PENTING

Bagi jemaah wanita sebelum berniat menunaikan umrah sila kemukakan masaalah mereka kepada guru agama/

pembimbing untuk kelancaran umrah

 

Sebelum meninggalkan Makkah sila periksa dahulu sama ada mereka wajib membayar dam atau tidak di atas kesilapan ketika menunaikan umrah.

 

 

Masjidil Haram Hajarul Aswad Jabal Rahmah

Makam Ibrahim Jabal Thur

 

Currency Converter

Convert from 

Into