|


Pakej Umrah dari 9 hari ke 30 bermula dari 17 Mac hingga ke pertengahan bulan Oktober 2010(Akhir Ramadan dan bulan Shawal). Penerbangan dengan Saudi Airline, MAS, Emirates, Egyptair, Garuda airline, Gulf Air dan lain-lain.
SILA juga mengendalikan pakej Umrah & Melancong ke Jordan, Syria, Mesir, Turki, Uzbekistan, London-Paris, Yemen
Pakej Umrah / Ziarah kami dalah bersesuaian dengan semua lapisan masyarakat dan juga usia. Kami menyediakan
Khidmat nasihat, ceramah,bimbingan secukupnya dan juga menganjurkan ziarah ke tempat-tempat bersejarah
di tanah suci bagi mendekatkan penghayatan jiwa kepada sejarah tamadun Islam yang agung. Semoga saudara/saudari dipilih sebagai tetamu Allah untuk mengerjakan ibadah umrah dan dianugerahkan umrah maqbullah..
Pakej umrah biasa : 14 hari / 12 malam Daftar segera tempat
Tarikh : 17 – 30 mac 2010 tempat adalah terhad
Harga dari : RM 5.999.00
Penerbangan : Saudi Airlines
KELEBIHAN PAKEJ KAMI
- Pegawai pengiring yang professional, dedikasi dan bertanggung jawab akan mengiring anda dari Kuala Lumpur sehingga pulang ke tanah air
- Berpeluang miqat di Hubaidah, Ja’ranah di samping Bir Ali dan Tanaiem
- Mutwawwif yang berwibawa bersama-sama sepanjang perjalanan Jeddah-Madinah-Mekah-Jeddah
- Kursus bimbingan/ulangkaji Umrah sebelum berlepas/semasa di Madinah sebelum ibadah umrah
- Makanan dan minuman ringan disediakan semasa perjalanan jauh atau melakukan ziarah
- Skim Takaful berkumpulan ( kemalangan dan kematian) untuk setiap jemaah
ATURCARA PERJALANAN PAKEJ 14 HARI 12MALAM
Tertakluk kepada perubahan semasa & jadual penerbangan
HARI 01 : KUALA LUMPUR – JEDDAH - MADINAH
Berkumpul di level 5, KLIA 3 jam sebelum berlepas. Passport, tiket dan boarding pass akan diserah
Kepada jemaah untuk bertolak ke Jeddah. Setibanya di Jeddah, jemaah akan meneruskan perjalanan
Ke Madinah dengan menaiki bas berhawa dingin ke hotel yang di tetapkan
HARI 02 : MADINAH (ZIARAH DALAM)
Selepas sarapan,jam 7 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi Makam Rasulullah
dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqe’. Selesai ziarah, jemaah bebas untuk beribadah di
Masjid Nabawi. Kelebihan bersolat di Masjid Nabawi, : sabda Rasulullah
“ Pahala sembahyang dimasjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain
Masjid kecuali Masjidil Haram”
HARI 03 : MADINAH (ZIARAH LUAR)
Jemaah diminta berkumpul di lobi selepas sarapan pagi untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah
di Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan bazaar kurma.
Selepas itu jemaah bebas beribadat
HARI 04 : MADINAH - MAKKAH
Selepas sarapan, jemaah di minta membuat ziarah wida’ di Makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat
Ke Makkah (menaiki bas), jemaah diminta mandi sunat ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram).
Jemaah akn singgah di Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh Mutawwif.
Setibanya di Makkah jemaah akan terus ke hotel untuk berehat seketika. Jemaah akan dibawa oleh
Mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah iaitu tawaf Baitullah, Sa’I dan tahlul. Selesai umrah
Jemaah bebas untuk beribadah di dalam masjidil Haram.
HARI 05 : MAKKAH
Hari ini jemaah akan melawat sekitar Masjidil Haram seperti bukit Abi Kobis, tapak rumah Saidina
Omar, tapak rumah Saidina Abu Bakar, tapak rumah Siti Khadijah, tapak rumah Abu Lahab, rumah
Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, Masjid Jin, Masjid Syajarah (pokok yang datang bertemu Nabi)
Perkuburan Maala (tempat siti khatijah dikebumikan). Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat
HARI 06 : MAKKAH
Jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah
di Makkah seperti Jabal Nur, Padang Arafah, Mudzalifah dan Mina (tempat melontar seperti
Jamratul Aqabah, Ula dan Wusta. Jemaah akan dibawa ke Ja’ranah untuk bermiqat dan seterusnya
Kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah. Seterusnya jemaah bebas untuk beribadat.
HARI 07 : MAKKAH
Jemaah diminta berkumpul dilobi hotel untuk dibawa ke Tanaim (Masjid Saidatina Aishah)
Aishah) untuk bermiqat (berniat mengerjakan umrah) dan seterusnya kembali ke Makkah untuk
beribadat diMasjidil Haram.
HARI 08-12 : MAKKAH
Jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri dengan perbanyakkan ibadah
di Masjidil Haram. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :
“Pada Ka’abah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari, ia itu 60 untuk tawaf,
40 untuk solat, 20 untuk melihat ka’abah
HARI 13 : MAAKKAH – JEDDAH
Jemaah diingatkan menyempurnakan tawaf wida’ sebelum meninggalkan Makkah. Jemaah kemudian akan
dibawa ke lapangan terbang Jeddah untuk penerbangan seterusnya
HARI 14 : KUALA LUMPUR
di jangka tiba di KLIA mengikut jadual yang ditetapkan, insyaallah
Ziarah Pilihan Jemaah
- Jemaah akan dibawa ke Hudaibiyah untuk melawat ladang unta dan tempat bersejarah di sekitar Hudaibiyah (Syumaisi) termasuk perigi Saidina Othman dan seterusnya bermiqat (berniat ihram umrah) kemudian kembali ke Masjidil Haram untuk menunaikan rukun umrah. Sekiranya mendapat keizinan daripada pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi jemaah akan dibawa melawat ke muzium dua masjid (Masjidil Haram dan Masjid Nabawi) dan kiswah (kilang kelambu ka’abah) sebelum balik ke Masjidil Haram.
- Sekiranya ada permintaan, jemaah akan dibawa mendaki Jabal Nur melihat gua Hira’ tempat Nabi Mendapat wahyu yang pertama pada waktu malam selepas isha’
PAKEJ TERMASUK
- Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi
- Penginapan di Madinah dan di Makkah
- Cukai L/Terbang dan insuran kapal terbang
- Pengangkutan darat (seperti aturcara), lawatan / ziarah dan perkhidmatan Mutawwif dan Muzawir
- Makan & minum 3 (tiga) kali sehari (sepanjang aturcara),
- 1 (satu) beg selendang, beg bimbit/troli,buku panduan mengerjakan umrah & ziarah, air zam zam
PAKEJ TIDAK TERMASUK
- Kegunaan seperti dobi, telegram / fax / telefon
- Makan minum selain yang disediakan
- Perjalanan / ziarah selain yang ditetapkan
- Bayaran bagi berat barang-barang yang berlebihan dari yang dihadkan oleh syarikat penerbangan
PENGECUALIAN TANGGUNGJAWAB
Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tragedy buruk seperti sakit, bencana, rusuhan atau
Peperangan kerana kejadian tersebut adalah diluar kuasa syarikat. Begitu juga sekiranya terdapat sebarang
Kelewatan, penangguhan, kehilangan, kerosakan, kecederaan yang berlaku disebabkan oleh syarikat penerbangan
atau syarikat yang menyediakan kenderaan.
BAYARAN BALIK
Jika sekiranya terdapat sebarang perkhidmatan, pelancongan, makan dan minum atau perjalanan yang disediakan,
tidak digunakan, maka bayaran tidak akan dilayan
PEMBATALAN
Jika pembatalan dibuat selepas urusan pembayaran tiket, hotel dan lain-lain berkaitan, bayaran deposit tidak akan
dikembalikan dan juga bayaran tambahan mengikut keperluan yang telah dibayar oleh syarikat akan dikenakan
KEGAGALAN MELAPOR DIRI
Kos pakej tidak akan dikembalikan sekiranya terdapat jemaah yang tidak hadir pada tarikh dan hari bertolak
TEMPAHAN DAN BAYARAN
Mengisi borang permohonan umrah bersama wang pendahuluan sebanyak rm 500.00 seorang dan kepilkan bersama
Salinan passport antarabangsa. Bayaran sepenuhnya hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tiga (3) minggu sebelum tarikh berlepas
PERUBAHAN HARGA
Harga adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke masa termasuk kenaikan kos penginapan di tanah suci, kos tiket penerbangan dan yang berkaitan. Sekiranya ada sebarang perubahan jemaah akan diberitahu 30 hari sebelum tarikh berlepas.
PENGINAPAN HOTEL
Madinah : Dar Salam (100 meter) atau setaraf
Makkah : Dar Al Gazzah (200 meter, berdekatan safa dan marwah) atau setaraf
NOTA PENTING
Bagi jemaah wanita sebelum berniat menunaikan umrah sila kemukakan masaalah mereka kepada guru agama/
pembimbing untuk kelancaran umrah
Sebelum meninggalkan Makkah sila periksa dahulu sama ada mereka wajib membayar dam atau tidak di atas kesilapan ketika menunaikan umrah.


|