Packages
Booking
| UMRAH JORDAN/SYRIA 2010 |
|
|
|
| Written by Administrator | ||||||||
| Friday, 16 October 2009 00:46 | ||||||||
UMRAH JORDAN/SYRIA BERSAMA SILA TOUR & TRAVELTAHUN 2010M/1431H
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DILAWATI
PETRA Kota bersejarah terletak 240km di barat daya Jordan. Terkenal dengan struktur batu yang di ukir, system saliran dan terowong air yang dikatakan mendahului zamannya. Kota yang dibina dikawasan Lembah Musa kira-kira 2000 tahun lalu itu jelas menunjukkan kepakaran dan kemahiran kaum Nabataen dan mempunyai hubungan dengan tamadun Ad serta Thamud.
ROMAN AMPHITHEATRE Sebuah bangunan kuno lama yang dibina pada zaman jajahan pemerintahan Rome.
DAMSYIK Merupakan ibu kota Syria dan salah satu kota tertua didunia. Bandar bersejarah yang banyak menempatkan Makam Habil, Takiyeh Sulaimaniah, Makam Salahuddin Al-Ayobi, Masjid Othman,makam Zainab Saidina Ali.
AMMAN Salah sebuah Bandar tertua di dunia yang menggabungkan senibina moden dan kuno
LAUT MATI Salah satu kawasan yang mempunyai lanskap semulajadi yang menakjubkan di dunia. Merupakan laut paling masin didunia dan tiada hidupan laut yang hidup didalamnya kerana kemasinannya yang lima kali ganda. Terletak di Great Rift Valley, dimana punca airnya dari sungai Jordan.
ATURCARA PERJALANAN Tertakluk kepada perubahan semasa & jadual penerbangan
HARI 01 : KUALA LUMPUR - BANGKOK - JORDAN Berkumpul di level 5, KLIA 3 jam sebelum berlepas ke Bangkok
HARI 02 : AMMAN – DAMSYIK Melawat sekitar Damsyik
HARI 03 : DAMSYIK – AMMAN Teruskan perjalanan ke Amman
Berangkat ke Jeddah. Selesai sahaja urusan imigresen dan kastam, jemaah akan diurus untuk Ke Madinah. Tiba di Madinah, daftar masuk hotel.
HARI 05-06 : MADINAH Ziarah sekitar Madinah seperti Masjid Qyba, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Masjid tujuh,lading dan pasar tamar.Jemaah juga akan di bawa ziarah ke Makam Rasulullah s.a.w.,Raudah dan perkuburan Baqe’
HARI 07 : MADINAH – MAKKAH Membuat ziarah wida’,sebelum berangkat ke Makkah ( jemaah siap berihram di hotel). Jemaah akan Singgah di Masjid Bir Ali (miqat umrah) untuk berniat umrah. Tiba di Makkah jemaah akan berehat Seketika untuk melakukan ibadat umrah dengan dibimbing oleh Mutawwif.
HARI 08-14 : MAKKAH Jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri. Jemaah akan di bawa melawat beberapa tempat bersejarah di kota Makkah seperti Jabal Thur, Padang Arafah, Mudzalifah, Mina, Tanaim dan Jaaranah. Sesiapa yang ingin mengerjakan umrah bolehlah bermiqat disini ( siap sedia dengan pakaian ihram )
HARI 15 : MAAKKAH – AMMAN – KUALA LUMPUR Jemaah diingatkan melakukan tawaf wida’ sebelum meninggalkan Makkah. Jemaah akan transit di Amman dan melawat Petra.
HARI 16 : KUALA LUMPUR Tiba di KLIA Insyaallah.
PAKEJ TERMASUK
PAKEJ TIDAK TERMASUK
PENGECUALIAN TANGGUNGJAWAB Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tragedy buruk seperti sakit, bencana, rusuhan atau peperangan kerana kejadian tersebut adalah diluar kuasa syarikat. Begitu juga sekiranya terdapat sebarang Kelewatan, penangguhan, kehilangan, kerosakan, kecederaan yang berlaku disebabkan oleh syarikat penerbangan atau syarikat yang menyediakan kenderaan.
BAYARAN BALIK Jika sekiranya terdapat sebarang perkhidmatan, pelancongan,maka dan minum atau perjalanan yang disediakan, tidak digunakan, maka bayaran tidak akan dilayan
KEGAGALAN MELAPOR DIRI Kos pakej tidak akan dikembalikan sekiranya terdapat jemaah yang tidak hadir pada tarikh dan hari bertolak
TEMPAHAN DAN BAYARAN Mengisi boring permohonan bersama wang pendahluan sebanyak rm1000 seorang dan kepilkan salinan passport antarabangsa. Bayaran sepenuhnya hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tiga (3) minggu sebelum tarikh berlepas
PERUBAHAN HARGA Harga adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke masa termasuk kenaikan kos penginapan di tanah suci, kos tiket penerbangan dan yang berkaitan. Sekiranya ada sebarang perubahan jemaah akan diberitahu 30 hari sebelum tarikh berlepas.
SILA TOUR & TRAVEL SDN BHD. 44A,TINGKAT 1, JALAN LUMUT, KOMPLEK DAMAI, 50400, KUALA LUMPUR. TEL PEJABAT : 03 40440991 / 40440995 / 40440996 FAX : 03 40440997 SILA HUBUNGI : HJH NAZARIAH HJ ISMAIL +60192426138, USTAZ AZWADI ABD RAHMAN +60194370509
|



