Highlights & Promotions

PAKEJ MUSLIM BEIJING 5 HARI 4 MALAM (19-23 DEC 2009)

MH711 19DEC KUL/BEIJING   0030/0630

MH710  23DEC BEIJING/KUL  0855/1525


HARI 01 (MT/MM) 19 DEC 2009

KLIA/BEIJING

Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum penerbangan ke Beijing,China dengan pesawat CA972  pada jam 0020 pagi. Anda di jangka tiba di Lapangan Terbang Beijing pada jam 0630 pagi(waktu tempatan). Anda akan disambut oleh wakil kami.Anda terus di bawa melawat Ke Istana Musim Panas Maharaja China (Summer Palace) dan Kilang Mutiara Air Tawar  bagi melihat pembuatan krim panjagaan muka dan barang perhiasan. Makan tengah hari akan disediakan di restoran tempatan.Selepas makan tengah hari menunaikan solat zohor dan asar di Masjid Madian.Kemudian melawat Kilang Sutera dan “Sun shine Market”.Daftar masuk ke hotel penginapan dan beristirehat. Berkumpul semula di lobi hotel untuk makan malam. Seterusnya anda akakn di bawa untuk menyaksikan persembahan akrobatik China.Bermalam di Beijing.

 

HARI 02 (SP/MT/MM) 20 DEC 2009

BEIJING- TEMBOK BESAR CHINA

Selepas sarapan pagi lawatan awal ke Kilang Batu Jade dan Kristal(Jade & Crystall Store).Disini juga terdapat kain sutera china yang bermutu tinggi. Makan tengah hari di restoren tempatan.Seterusnya menuju ke Tembok Besar China  dan anda akan diberi penerangan mengenai senibina dan sejarah pembinaan Tembok Besar ini.Bergambar kenangan (group photo) disini. Pada lewat petang balik semula ke Kota Beijing dan singgah sebentar di Kilang Pembuatan Koyok atau dikenali sebagai Pusat Ubat Bakar Boshutang.Makan malam akan disediakan di restoren tempatan.

 

HARI 03 (SP/MT/MM) 21 DEC 2009

BEIJING

Selepas sarapan pagi, lawatan dimulai ke Dataran Tian’an Men Square yang merupakan dataran yang terbesar didunia ianya bersempadan dengan bangunan “Chaiman Mao’s Musoleum” & Great Hall of People. Anda diberi masa untuk mengambil gambar(group photo) disini. Seterusnya ke Kota Larangan(Forbidden City) Istana larangan yang merupakan kediaman Maharaja China dan ianya dibina ketika pemerintahan Maharaja Liao Dinasti. Makan tengah hari akan disediakan di restoren tempatan. Menunaikan solat di Masjid Niujie. Kemudian ke Pusat Perubatan Herba China yang menyediakan urutan(foot massage). Makan malam akan disediakan di restoran tempatan dan bermalam di Beijing.

 

HARI 04 (SP/MT/MM) 22 DEC 2009

BEIJING

Selepas sarapan pagi,anda akan dibawa ke Stadium Olimpik Beijing 2008 dan diber masa untuk membeli cenderahati di kawasan ini.Makan tengah hari akan disediakan direstoran tempatan dan menunaikan solat di Masjid Chaoyangmen. Pada lewat petang membeli belah di Nnqiao Market & Wang Fu Jing Street.

 

HARI 05 (SP) 23 DEC 2009

Selepas sarapan pagi,program bebas sehingga penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan pesawat

 

HARGA PAKEJ: MALAYSIAN AIRLINES (MH)

DEWASA

HARGA

BILIK BERDUA

RM 1,950.00 seorg

KANAK-KANAK

DENGAN KATIL

RM 1,785.00 seorg

TIADA KATIL

RM 1,770.00 seorg

 

JADUAL PENERBANGAN:

MH711 19DEC KUL/BEIJING   0030/0630

MH710  23DEC BEIJING/KUL  0855/1525

HARGA PAKEJ TERMASUK:-

  • Tiket penarbangan kelas ekonomi dengan pesawat
  • Penginapan 4 malam di hotel bertaraf 4 bintang/setaraf (2 orang sebilik)
  • Beg dari SILA TOUR and TRAVEL SDN BHD
  • Hidangan makanan seperti yang tercatat dalam aturcara
  • Khidmat pemandu pelancung Tempatan
  • Tips untuk pemandu pelancung tempatan
  • Caj untuk proses visa

 

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK:-

  • Bayaran bagasi yang berlebihan
  • Penggunaan peribadi ketika menginap di hotel seperti telefon, dobi dan sebagainya.

 

Untuk keterangan lanjut hubungi kami terus atau datang sendiri ke pejabat kami:

SILA TOUR AND TRAVEL SDN BHD

Tingkat 1, No 44A, Jalan Lumut, Kompleks Damai, 50450 Kuala Lumpur

Tel: 03-40440991/95/96 Fax: 03-40440997

atau terus berhubung dengan Cik Siti 0176069385 / Cik Lela 0122006896 atau Cik Mimi 0179032536

Content View Hits : 6384

Home
UMRAH BERSAMA SILA TOUR & TRAVEL SEPANJANG 2010 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 16 October 2009 00:42

UMRAH  BERSAMA  SILA TOUR & TRAVEL SEPANJANG  2010

Merancanglah perjalanan anda dari awal dan daftarlah segera !!

 

 

Masjidil Haram Hajarul Aswad Jabal Rahmah

Makam Ibrahim Jabal Thur

 

 

Pakej Umrah dari 9 hari ke 30 bermula dari 17 Mac hingga ke pertengahan bulan Oktober 2010(Akhir Ramadan dan bulan Shawal). Penerbangan dengan Saudi Airline, MAS, Emirates, Egyptair, Garuda airline, Gulf Air dan lain-lain.

 

SILA juga mengendalikan pakej Umrah & Melancong ke Jordan, Syria, Mesir, Turki, Uzbekistan, London-Paris, Yemen

Pakej Umrah / Ziarah kami dalah bersesuaian dengan semua lapisan masyarakat dan juga usia. Kami menyediakan

Khidmat nasihat, ceramah,bimbingan secukupnya dan juga menganjurkan ziarah ke tempat-tempat bersejarah

di tanah suci bagi mendekatkan penghayatan jiwa kepada sejarah tamadun Islam yang agung. Semoga saudara/saudari dipilih sebagai tetamu Allah untuk mengerjakan ibadah umrah dan dianugerahkan umrah maqbullah..

 

Pakej umrah biasa : 14 hari / 12 malam                 Daftar segera tempat

Tarikh : 17 – 30 mac 2010                  tempat adalah terhad

Harga dari : RM 5.999.00

Penerbangan : Saudi Airlines

 

KELEBIHAN PAKEJ KAMI

  • Pegawai pengiring yang professional, dedikasi dan bertanggung jawab akan mengiring anda dari Kuala Lumpur sehingga pulang ke tanah air
  • Berpeluang miqat di Hubaidah, Ja’ranah di samping Bir Ali dan Tanaiem
  • Mutwawwif yang berwibawa bersama-sama sepanjang perjalanan Jeddah-Madinah-Mekah-Jeddah
  • Kursus bimbingan/ulangkaji Umrah sebelum berlepas/semasa di Madinah sebelum ibadah umrah
  • Makanan dan minuman ringan disediakan semasa perjalanan jauh atau melakukan ziarah
  • Skim Takaful berkumpulan ( kemalangan dan kematian) untuk setiap jemaah


ATURCARA PERJALANAN PAKEJ 14 HARI 12MALAM

Tertakluk kepada perubahan semasa & jadual penerbangan


HARI 01      :    KUALA LUMPUR – JEDDAH - MADINAH

Berkumpul di level 5, KLIA 3 jam sebelum berlepas. Passport, tiket dan boarding pass akan diserah

Kepada jemaah untuk bertolak ke Jeddah. Setibanya di Jeddah, jemaah akan meneruskan perjalanan

Ke Madinah dengan menaiki bas berhawa dingin ke hotel yang di tetapkan

 

HARI 02      :   MADINAH (ZIARAH DALAM)

Selepas sarapan,jam 7 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi Makam Rasulullah

dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqe’. Selesai ziarah, jemaah bebas untuk beribadah di

Masjid Nabawi. Kelebihan bersolat di Masjid Nabawi, :  sabda Rasulullah

“ Pahala sembahyang dimasjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain

Masjid kecuali Masjidil Haram”

 

HARI 03      :   MADINAH (ZIARAH LUAR)

Jemaah diminta berkumpul di lobi selepas sarapan pagi untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah

di Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan bazaar kurma.

Selepas itu jemaah bebas beribadat

 

 

HARI 04      :   MADINAH - MAKKAH

Selepas sarapan, jemaah di minta membuat ziarah wida’ di Makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat

Ke Makkah (menaiki bas), jemaah diminta mandi sunat ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram).

Jemaah akn singgah di Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh Mutawwif.

Setibanya di Makkah jemaah akan terus ke hotel untuk berehat seketika. Jemaah akan dibawa oleh

Mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah iaitu tawaf Baitullah, Sa’I dan tahlul. Selesai umrah

Jemaah bebas untuk beribadah di dalam masjidil Haram.

 

HARI 05      :   MAKKAH

Hari ini jemaah akan melawat sekitar Masjidil Haram seperti bukit Abi Kobis, tapak rumah Saidina

Omar, tapak rumah Saidina Abu Bakar, tapak rumah Siti Khadijah, tapak rumah Abu Lahab, rumah

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, Masjid Jin, Masjid Syajarah (pokok yang datang bertemu Nabi)

Perkuburan Maala (tempat siti khatijah dikebumikan). Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat

 

HARI 06      :   MAKKAH

Jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah

di Makkah seperti Jabal Nur, Padang Arafah, Mudzalifah dan Mina (tempat melontar seperti

Jamratul Aqabah, Ula dan Wusta. Jemaah akan dibawa ke Ja’ranah untuk bermiqat dan seterusnya

Kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah. Seterusnya jemaah bebas untuk beribadat.

 

HARI 07     :    MAKKAH

Jemaah diminta berkumpul dilobi hotel untuk dibawa ke Tanaim (Masjid Saidatina Aishah)

Aishah) untuk bermiqat (berniat mengerjakan umrah) dan seterusnya kembali ke Makkah untuk

beribadat diMasjidil Haram.

 

HARI 08-12 :   MAKKAH

Jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri dengan perbanyakkan ibadah

di Masjidil Haram. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

“Pada Ka’abah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari, ia itu 60 untuk tawaf,

40 untuk solat, 20 untuk melihat ka’abah

 

HARI 13      :    MAAKKAH – JEDDAH

Jemaah diingatkan menyempurnakan tawaf wida’ sebelum meninggalkan Makkah. Jemaah kemudian akan

dibawa ke lapangan terbang Jeddah untuk penerbangan seterusnya

 

HARI 14     :     KUALA LUMPUR

di jangka tiba di KLIA mengikut jadual yang ditetapkan, insyaallah

 

 

 

Ziarah Pilihan Jemaah

  1. Jemaah akan dibawa ke Hudaibiyah untuk melawat ladang unta dan tempat bersejarah di sekitar Hudaibiyah (Syumaisi) termasuk perigi Saidina Othman dan seterusnya bermiqat (berniat ihram umrah) kemudian kembali ke Masjidil Haram untuk menunaikan rukun umrah. Sekiranya mendapat keizinan daripada pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi jemaah akan dibawa melawat ke muzium dua masjid (Masjidil Haram dan Masjid Nabawi) dan kiswah (kilang kelambu ka’abah) sebelum balik ke Masjidil Haram.
  2. Sekiranya ada permintaan, jemaah akan dibawa mendaki Jabal Nur melihat gua Hira’ tempat Nabi Mendapat wahyu yang pertama pada waktu malam selepas isha’

 

PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi
  • Penginapan di Madinah dan di Makkah
  • Cukai L/Terbang dan insuran kapal terbang
  • Pengangkutan darat (seperti aturcara), lawatan / ziarah dan perkhidmatan Mutawwif dan Muzawir
  • Makan & minum 3 (tiga) kali sehari (sepanjang aturcara),
  • 1 (satu) beg selendang, beg bimbit/troli,buku panduan mengerjakan umrah & ziarah, air zam zam

 

 

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Kegunaan seperti dobi, telegram / fax / telefon
  • Makan minum selain yang disediakan
  • Perjalanan / ziarah selain yang ditetapkan
  • Bayaran bagi berat barang-barang yang berlebihan dari yang dihadkan oleh syarikat penerbangan

PENGECUALIAN TANGGUNGJAWAB

Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tragedy buruk seperti sakit, bencana, rusuhan atau

Peperangan kerana kejadian tersebut adalah diluar kuasa syarikat. Begitu juga sekiranya terdapat sebarang

Kelewatan, penangguhan, kehilangan, kerosakan, kecederaan yang berlaku disebabkan oleh syarikat penerbangan

atau syarikat yang menyediakan kenderaan.

 

BAYARAN BALIK

Jika sekiranya terdapat sebarang perkhidmatan, pelancongan, makan dan minum atau perjalanan yang disediakan,

tidak digunakan, maka bayaran tidak akan dilayan

 

PEMBATALAN

Jika pembatalan dibuat selepas urusan pembayaran tiket, hotel dan lain-lain berkaitan, bayaran deposit tidak akan

dikembalikan dan juga bayaran tambahan mengikut keperluan yang telah dibayar oleh syarikat akan dikenakan

 

KEGAGALAN MELAPOR DIRI

Kos pakej tidak akan dikembalikan sekiranya terdapat jemaah yang tidak hadir pada tarikh dan hari bertolak

 

TEMPAHAN DAN BAYARAN

Mengisi borang permohonan umrah bersama wang pendahuluan sebanyak rm 500.00 seorang dan kepilkan bersama

Salinan passport antarabangsa. Bayaran sepenuhnya hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tiga (3) minggu sebelum tarikh berlepas

PERUBAHAN HARGA

Harga adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke masa termasuk kenaikan kos penginapan di tanah suci, kos tiket penerbangan dan yang berkaitan. Sekiranya ada sebarang perubahan jemaah akan diberitahu 30 hari sebelum tarikh berlepas.

 

PENGINAPAN HOTEL

Madinah  : Dar Salam (100 meter) atau setaraf

Makkah   : Dar Al Gazzah (200 meter, berdekatan safa dan marwah) atau setaraf

 

NOTA PENTING

Bagi jemaah wanita sebelum berniat menunaikan umrah sila kemukakan masaalah mereka kepada guru agama/

pembimbing untuk kelancaran umrah

 

Sebelum meninggalkan Makkah sila periksa dahulu sama ada mereka wajib membayar dam atau tidak di atas kesilapan ketika menunaikan umrah.

 

 

Masjidil Haram Hajarul Aswad Jabal Rahmah

Makam Ibrahim Jabal Thur

 

Currency Converter

Convert from 

Into